Sholat tahajud adalah salah satu solat sunat muakkadah yang sangat di tuntut dalam Islam. Kebaikan solat ini di jelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
“Dan pada sebagian malam, lakukanlah shalat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (QS. al-Israa’ : 79)

Firman-Nya yang lain,

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ () آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ () كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ () وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam; dan pada akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah).” (QS. al-Dzaariyaat : 15-18).
Berikut ini ada beberapa tips mudah cara bangun tengah malam untuk menunaikan sholat sunnah Tahajud:

Pertama
Hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah minta tolong kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur. Jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat-cepat bangun.

Kedua
Biasakan tidur siang, 30 menit sebelum zuhur atau tidur selepas solat zuhur. Sabda Rasullah SAW, “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Kapan waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah? Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur.

Ketiga
Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud. Selewat-lewatnya jam 11 malam.

Keempat
Ketahui jadual tidur anda setiap malam, dengan begitu anda boleh menentukan jam malam anda untuk tidur sesuai dengan keinginan anda mau bangun jam berapa pun.

Untuk mengetahuinya cubalah uji dengan tidur lebih awal, kemudian pasang jam locing dengan waktu 4 pagi jika terjaga cuba bangun dan mulakan solat 2 rakaat dulu.

Kelima
Mintalah isteri anda untuk membangunkan anda pada sepertiga malam kerana biasanya wanita akan lebih mudah terjaga.

Keenam
Anda juga boleh minta bantuan pada teman-teman untuk saling membangunkan baik melalui telefon mahupun sms, dengan begitu anda juga sudah menerapkan tolong menolong dalam kebaikan.

Ketujuh
Banyak-banyak minum sebelum tidur, dengan begitu kita akan sering buang air kecil. Setiap kita buang air kecil maka minumlah kembali air putih yang banyak, dengan begitu kita akan mudah terjaga sampai pada waktu sepertiga malam.

Kedelapan
Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya.

Kesembilan
Berwuduk, membaca al-Qur’an sebelum tidur dan gunakan adab-adab dan cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW.

Kesepuluh
Jangan Makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud.

Kesebelas
Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud.

Keduabelas
Jangan berbuat maksiat, kerana setiap dosa yang kita lakukan akan membuat kita sukar bangun malam. Seterbiasa apapun anda bangun malam jika pada siang harinya anda berbuat maksiat maka insya Allah pada malam harinya anda akan akan untuk bangun malam.

Itulah beberapa cara yang boleh anda cuba lakukan agar mudah bangun malam. Semoga tips cara mudah bangun malam untuk solat Tahajud di atas boleh bermanfaat bagi anda semua.

Sumber: islamituindah.my

12 Cara Termudah Bangun Malam Untuk Shalat Tahajud

Baca Juga
Loading...
Post a Comment

Random